Sunday, August 29, 2010

Tuan Said Ali..

Orang kata kalau kita nak panggil salutation pada org bernama 'Said/Syed/Sheikh', kita guna 'Tuan'. So apa kaitan tajuk entry dgn isi entry uolls? Meroyan apa! muahaha.

Last Friday, i dan rakan² gi iftar kat Restoran Said Ali, Sri Rampai. Actually, for the 1st plan dah dicancelkan kat Restoran Pannaz, so layankan lah plak kt Said Ali ni. Itupun, setelah digodek² di blog org lain tak lupa juga meminta brader trus menyinggah restoran ini dan bertanyakan soklan yang sepatutnya.

Konsep iftar di sini adalah buffet style. Bab harga tu oklah, tak mahal sgt..just RM19.90 per pax (rupanya tak termasuk air..sentap!) Lebih kurang ada 20 jenis lauk-pauk, ada ikan bakar (taste ok! i loikee) cuma agak sempit ruang mengambil makanannya & juga suraunya.

Kalau anda berminat iftar di sini, ni contact nya:

Said Ali (Singapore, KL, Jakarta) --> follow sejibik kat biz card ok!
Shamsurizal Salleh (Restaurant Manager)
017-2738722

No. 9, Jalan Rampai Niaga 5
Rampai Business Park
53300 Setapak
KL

Oklah, ni adalah sedikit foto² yg diambil..credit to Cikdah Virgo..sebab guna camera dia..huhu


rupa Said Ali dari posisi hadapan..kan i dah ckp ada Singapore, KL, Jakarta..(tak tipu occay!) ngeh3


rupa i pulak..giler verangan! *sebenarnya sentap camne aku leh LOST! adoiiii!!


kalau tak banjir atas meja, x buffetlah uolls..pastu makan lom tentu lagi! sape punca?!


sila abaikan glove dan rokok itew..sape punya ntah..


cara menghulurkan nasi berserta memek muka..


tak lupa juga ketika menuang air ke dalam cawan..


dan sebelum makan dah kata BEST! nasib btul..kalo x mau dah kena sumpah! muahaha


tuan punya camera & PM (bukan Perdana Menteri uolls tp Project Manager)


terlalu gumbira kerana kenyang..**bukti: sila lihat di atas meja!


Qimie & Saif...eh dh mcm Said plak..ngeh3


budak baru dapat kaki..


visual yg kurang memuaskan.. hanya yg memakai baju glow in the dark je mampoo menyerlah! oppsss! sentap!


Thursday, August 26, 2010

Anda Mengantuk??


For sure kita semua pernah mengalami kes-kes mengantuk kat kelas, opis, meeting, etc etc. Dah ko jangan nak menipu kalo cuba membuat penafian ek! nak kena pijak dadakah? muahaha!

Bila cakap pasal mengantuk, teringat plak citer masa menjalani MWS (Minggu Wawasan Siswa) di UiTM dulu. MWS ni adalah sama dengan Minggu Orientasi. faham? Yelah kalo dah 7 hari ko asyik dihanjeng dek PM bukan Perdana Menteri uolls tapi Pembantu MWS tulah. Abg² & kakak² senior lah, so uolls boleh bayangkan lah camne kan! mandi tak basah, tidur tak lena! Ko kena wat mcm² tapi dalam masa yg singkat! tdo toksah ko ckplah kan! tdo sekejap dah kena panggilan pulau! adoiiii..kalolah i ni tak kuat semangat dah lama quit je masa tew! nak mampooss! penat² i dapat tempat nak blah cenggitu! ko nak malu dgn org kg? anak si polan tu, baru masuk U dah tak tahan! WTF! padahal anak dia sorang pon xde masuk U! bz body kan! mamposss pertikaikan org kg sendirik..

Oklah tu baru intronya uolls.. yg i nak focuskan adalah kes di malam Qiamullail masa MWS tuh. Nak tau apa?? ada student² yg masa sujud-sujud tuh..trus tak bangun²!! muahaha. bukannya sebab pengsan tapi tak cukup tdo!! ha3..padahal i pon nyaris² sama! muahaha. klaka dowh! belum lagi diprovoke dgn pentomen² , ala-ala muhasabah diri tutup lampu bagai, menghadap dengan member berdua-dua. Semuanya pasal pengorbanan ibu bapa. Dahler uolls tertekan dgn suasana neraka MWS, homesick bagai, tiber benda ni lagi, tak uolls tersentap! mmg berjurailah airmata...muahaha. Yang penting partner i mlm tu dah jadi lecturer law skang kat UiTM, tapi dia punya menanges malam tu sikit punya tak hengat! muahahaha! bila dikenang kembali mmg klaka dowh! Pastu blum lagi yg kekwat bila ditanya result SPM berapa? masa zaman i dulu masih guna pangkat & aggregat which is i lebih suka & npk steady jerk! kalo uolls dpt more than 20 aggregat mmg malu lah nak sebut masa tew. yelah semuanya fresh SPM kot yg intake June! hahaha.. nasiblah i dpt Pangkat 1, Agg. 10. tak le malu sgt nak ckp. kira banggalah! muahaha.

Ok udah² ler merepek..yg benornya nak tunjuk "sleep safe tape" ni! mcm berguna je uolls! muahaha..kalo suka sila beli & pakai! mau ko kena baling dgn buku ke duster dlm meeting or class. tapi kalo dok depan pc opis layan gak! agagagap!



ha ni dia..slalu jepun je wat keje giler produce benda alah cenggini!


tgk mamat ni tdo..


tadaaaa... giler fake bijik mata dia! muahaha..

P/S: Actually masa part 3, i dah start jadi PM! muahahaha..kes balas dendam! tapi sumpah kesian budak-budak junior! lalalala~ tyme spot check paling bestlah. Ada budak lelaki tu kantoi bwk bra gf dia! yo owoh...buduh tak!? mampoosss perangai masing²!


Sunday, August 22, 2010

weekend yang agak produktif!!

Diam tak diam, hari ni dah hari ke-13 kita berpuasa. Alhamdulillah kita masih diberikan peluang menikmati Ramadhan kali ini. Syukur dipanjangkan kepada Mu Ya Allah.

Oklah berbalik kepada tajuk di atas, apakah sebenarnya yang berlaku? *bajet je produktif padahal yang adooo..agagagap! katanya tok ti dah berbaik dgn tok pah --> tiber lari topic! ops!

Oleh kerana i seorang blogger tegar lagi pemalas (lately semua gbr adalah dari BB sajork!) maka arini gigih jugaklah hapdate kan! eleh i knew, ramai yang silent reader kan? kan? jangan tipu ni bulan pose uolls..agagagap!

Kalo x mampoo nak wat reality TV untuk diri sendiri (sila tgk di ASTRO bukan di channel lain, mmg ler tak jumpa!), so uolls boleylah fefeeling blog ni ala² reality TV seperti Kak Kimora, Guliana & Bill, The Kardashian lah (btul ke ejaan ni) etc. etc. tapi tetap jugek ada yg jealous, tak puas hati dgn blog kita..nak tanya sikit, kalo ko dah tak suker watpe ko baca kan! AAK?! ko wat blog tgk, ada org baca? ada follower ko sebanyak follower Azwan Ali? Rizalman Ibrahim? mampoo? *sori uolls meroyan jap!

Aiyooh banyaknya dah merepek, citer pasal weekend lom lagik...agagagap! Oklah cenggini citernya uolls..

1) kita start dgn hari Jumaat, petang tu gi iftar dgn Zarina & Zarina (kwn Zarina) faham? kat Cap Square. Kami makan di food court jer, tapi i loike..simple & yg penting menu² yg ditawarkan menarik juga harga yg masuk akal! :) so this is my 2nd time iftar kat food court cap square. Fendi kata nak join tp last minute, gagal sajork sebab ada keje nak kena setelkan.


ni ikan kembung ala Portuguese Style..
oklah not bad! (ada 2 ekor lagik)


2) Balik dari berbuka, around 1030pm kuar balik then melepak plak kat Bangi Kopitiam, Wangsa Maju (blkg Wangsa Walk) dgn Mel, Shuk & Alwi (ex-DIA, UiTM Melaka) ngeh3. Tahniah kepada Shuk sbb dah promoted & thanks belanja kami malam tu..thanks uolls & semoga terus dimurahkan rezeki. **Yelah satu Malaysia tau kot, org bank dpt durian runtuh! huhu. So kami telah melepak sehingga jam 2am. huhu. naseb esok nya tak keje!



i order ni..tak silap nama dia 'tiramisu bla bla'..

3) Pagi Sabtu, ada appointment dgn dentist jam 11am. Just tukar getah & ketatkan braces..tak lama cuma lebih kurang 15 minit sahaja. Perghhhh terasa gak saket bila doc. piuh utk ketatkan wire tuh! muahaha..now my getah punya colour match dgn baju raya! wakaka.. **maaf tiada gambar.. yg penting pada hari yg sama sibuk berBBM dgn seorang member yg tgh bengang dgn dentist dia yg asyik postponed nak bonding braces dia.. harap bersabar uolls.. sape suh pilih klinik itewww...merasalah hazab!

4) Selepas berjumpa dentist, saya pergi ke area Chow Kit or to be exact Lorong Haji Taib uolls..merasalah tgk mak nyah melorong tengah²hari buta..ko mampoo?? mampoooss.. ni Ramadhan uollssss!! Actually tujuannya ke sana adalah nak pergi membeli-belah (adakah feeling KLCC, Mid Valley..**pengsan) ingredients utk cookies!! Yang penting sangatlah ramai kakak-kakak, makcik-makcik membeli-belah sama! adoiiiii! Kalo tidak kerana raya i tak gigih uolls nak ke sana..tiber..kata orang tak lengkap raya tanpa kueh! ibarat berharta tapi tak pernah byr zakat..ops!


ha nilah kedainya.. so harga ok.. mmg sesuai bg org yang biz kueh raya..

5) Balik dari Chow Kit, I singgah TESCO Ampang jap. Katanya ada planning nak memasak. Tiber terasa macam DAPURKU SERU plak! muahaha. Ramai jugekkkkk umat manusianya..so sabo jelah yoppp!! ko ingat ko dok dlm hutan fefeeling tarzan!! muahaha..so capai jelah apa yg patut then blah.

6) Petang around 5pm dah bersiap² nak gi iftar kat KGPA (Kelab Golf Perkhidmatan Awam), Mont Kiara anjuran Kelab opis! :) So fetch Ngoh & Wan then terus gerak ke sana. This is my 1st time kat sini, overall not bad lah.. kiranya variety lah food dia.


mercu tanda KGPA..boleylah kalo nak wat kat umah uolls..muahaha


kambing golek in making..agagap!


hasil yang telah diambil oleh budak² ni..i rasa sikit jerk..


as usual..sataylah! sedap!


apa ni? adakah popiah basah?


kebab uolls..x rasa pun..ngeh3

**gambar² yg lain..next entry i post..cilok kat member² yg bawak camera..ngeh3

7) Abes berbuka, lepak minum jap kat mamak then sampai umah dlm 11 lebih. Tapi gigih lagi nak masak Sup Ayam katanya..huhu. Maka terciptalah sup ayam & nasi putih pilihan bersahur katanya. **statement tak leh blah! padahal dok pikiaq kul bp cheq nak start wat cookies??!! adoooiiiii...


so ni lah rupanya sup ayam cheq no..sedap jugak lah.. merasalah masuk bakul angkat sendiri..ops!

8) Eventually, i start wat cookies lebih kurang kul 1 am...giler x?! hahahaha..pedulik apa!! so merasalahkan x tido semalaman sampai ke sahur..pas sahur, subuh then collapsed!! hahahaha!! nak resipi cookies?? tiber offer...sila clik SINI uollls! all the best!! kalo x jadi boley wat stock baling dinding instead of maen mercun kan...merbahaya uolls! agagagap! so ni setel untuk 1st batch..next week wat lagik..huhu.


pakai BB jerk..tak koser nak pakai SLR..mata dah rabak masa nih! hahaha..so utk gbr yg lebih memuaskan, sila click kat link itew..muahaha

9) Last but not least (sanggup korbankan lunch hour utk tido semata-mata nak hapdate kan) i telah memasak utk berbuka setelah bangun jam 3 petang! muahaha. Menunya adalah tomyam campur katanya dipadankan dengan mee hoon tapi bila mee hoon diconsiderkan keras so masaklah nasi..muahaha..gigi besi uolls!


meriah tak uolls? ngeh3

Oklah uolls..selamat berjumpa kembali di next entry...kalau ada sumur di ladang...ada aku kesah ada sumur ke tak?? muahaha


Thursday, August 19, 2010

iftar @ anwar seafood..

Oleh kerana malas nak balik umah gara² macet banget so plan lah berbuka di luar. Last Wednesday, Fendi, Zarina, Naima, 2 colleagues Z and i, gi berbuka kat Anwar Seafood, Kg. Baru.

Basically, anwar seafood one of bob oreng punya fav..(sengaja menyentapkan dia dgn mengupload gbr kerabu mangga..fav katanya). Ok, tapi the best part nya adalah even though diaorang selalu makan kat sana (i 1st timelah), sorang pon xde contact no. sbb kat KL ni or even mana² pon kalo bulan puasa better booking dulu kalo x merasalah uolls buka puasa jam 10 malam. hahahaha.

So, bila semua xde contact, tiber² AJ foward email kpd kami, yg penting dia siap ceritakan semula camne dia dptkan no tel anwar seafood! yg pasti sangat kelakar ok! siap tulis balik dialog tu. sebab dia dah pegi on Tuesday tu. Uolls tau dia pegi call satu company kat sebelah anwar seafood tu and dapatkan no tel anwar seafood...hahahaha brilliant! dialog tak dapat didedahkan di sini..muahaha..siot ko AJ!

So takdelah nak rushing² sangat pegi sebab Z dah call & booking table berserta menunya. So each person hanya kena lebih kurang RM16.00, oklah not bad. bolehlah anda mencuba yerk! ok jom tgk gbr² yg sempat diambil. hanya menggunakan bb sajork!


air sirap bandung..bukan soda gumbira..ngeh3


tomyam putih..


daging merah..


kerabu mangga..


udang goreng tepung..

lain-lain makanan adalah telur dadar, kailan ikan masin yang tak diambil gambarnya.. muahahaha.. overall puas hati lah. mouth watering ke uolls tgk gbr ni? ha sape suruh! muahaha..yang penting Z sgt gigih lakarkan peta sbb i dun know where is the exact location of Anwar Seafood. huhu. thank uolls.. yang fendi condifent giler katanya sampai lost lah..muahaha..diva ke uolls? cabottsss..



nilah peta yang z buat.. cantek sgts!! larikkkk!!



Wednesday, August 18, 2010

baju raya lip lap lip lap?

bila nak raya pasti ada baju raya.. actually i dah lama tak wat baju raya tp since last year ada wat & juga pada tahun ni.. so kebarangkalian tak wat utk tahun depan sgt tinggi! *bila masa nak pakai kan? unless raya..muahaha

jomlah kita citer² psl baju raya..tiber! padahal raya lama lagi wei! ko dah kenapa! baju raya i tahun ini berwarna perpel uolls..ataupun ungu.. bukan Pasha Ungu..faham? kalo tak tau ungu tu apa, google lah wei!


nilah baju raya i, uolls.. ok tak??
**pengsan rizalman




thanks adeli tlg amikkan.. kelas MASS Collection..
disuggestkan kpd rakan² sebab jahitan kemas & selesa dipakai..
RM90 uolls..adoiii

*
*
*
*
*
*
*
*
*

bajunya??

*
*
*
*
*
*
*
*


lebih kurang cenggini lah tapi lite lagi colornya..
*lite-lite gitew..


of courselah baju sebenar akan dipakai di hari raya nanti..malaslah wei nak amik gbr skang ni..baik pikir lain..muahaha. cookies lom wat lagi..nak masak sup ayam blum lagi..eh dah²..jangan nak merepek..

the best part masa wat baju raya kali ke-2 kat MASS Collection ni.. i tetap suh abg tu kecikkan sikit sizenya daripada tahun lepas punya baju. Yelah abg tu ingat i nak pakai jubah ke? adooo.. setiap kali i kata this measure..eh dia tetap nak besarkan sikit.. last-last sape diva uolls? muahaha.. npknya end result better than last year! i loiikeee :)

ok bubbye uolls..



Tuesday, August 17, 2010

hari-hari wat aku pening!




agak-agak kenapa??

abes kalo dah dlm bulan ramadhan ni.. jam teruk giler babi.. tak ko pening?! kata balik kul 5pm.. yg adooo nya cenggini!! agak-agak ko sampai kul bp kalo gini rupenya yop! ni bukan kampung uolls.. bedesup jer trus smpi umah! kita skang berada di KL farah! tiberrr..meroyan apa!



so i rasa kena balik kul 3pm, baru aman nak iftar kat rumah even bazaar ramadhan kat umah x ler semeriah Seksyen 17, Shah Alam hatta Stadium Paroi. tiber!



lagi sekali arini i pening nak iftar kat mana uolls? u tell me, i listen! semlm i decided gi Cap Square iftar dengan Z. the miracle part is jalan tak jem. biau benau uolls... i gerak 6.30pm sampai Cap Square before 7pm! kelas ko maria! padahal hujan lebats! bak kata Jim, it's raining cats and dogs uolls!

oklah uolls, yang penting dan sedey bila ada org yg tak faham what is HOLY month dan cara nak menghormatinya..yg ko tau ko je betul! adoiiiii..gtg!



Monday, August 16, 2010

Genap Sebulan!


i suka uolls.. i dah puasa hari ke-7..tiber!


Apa yang genap sebulan? agak-agak apa? apa agak-agak? eh dah kenapa? pening berpuasa ke? muahaha..

Agak-agak dulu masa korang study, study-study tak dapat, study-study dapat.. apa perasaan korang? pasti EMOSI kan! eleh jangan tipulah! i hangen btul kalo dlm kelas tu dia jelah yang nak show-off yang dia paling pandai. Padahal bila compare result.. xcuse me i dapat A ok.. uolls yang dok memekak dlm kelas tu dapat apa?? btw, apa i merepek ni? giler apa! **analogi mcm haram!

Eh dah ler.. jangan nak mengarut lagik! ni citer pasal my braces lah.. diam tak diam dah sebulan i bonding braces! ngeh3.. nampaknya dah ada improvement! i loiiikkee.. boleh gak analogi kat atas tu dikaitkan dengan citer ni.. sebab pedulikan anasir-anasir tak berguna di sekeliling!! yang penting anda fokus! voley kah? btul ke ni? **pengsan cikgu sastera!


TC: dah sebulan ke uolls..great!
**tetap nak contoh si TC..muahaha

Tak dinafikan mmg ler mcm² hazab masa mula-mula pakai. Tp ada yg bagi semangat and kenalah motivate diri sendiri kan? ye dak? So InsyaAllah adalah improvement nya kan, Oklah so hari sabtu ni ada appointment dgn dentist sebab nak tukar getah then ketatkan braces. Member-member segroup kata agak saket pas diketatkan semula. apakah?? gagagagap!


sila lihat gigi anda..tiber!