Thursday, January 29, 2009

RAOUL & Banana Republic

Petang td kemas2 buku, terjumpa catalogue ni. ada voucher tp semua dah expired! hahaha. skang ni I already got a few stuffs from this brand. next time bleh tambah lagi. i really luv the catalogue itself! Geng2 EMO blikan i kasut RAOUL jelah..hahaha. teringin nak pakai trench coat tp sndiri mau ingat ler Msia ni turun salji ker? hahaha..my frenz citer masa dia study kt UK dulu sgtlah jakun. salji turun, student2 Msia semua kuar rumah berjimba2 maen salji..Mat Salleh sekor haram pun x kuar! hahaha.




Lepak Achai jap..




I juz came back from lepaking with Bobi..bohsan seh + perut pun lapar so lepak jap g mkn. As usual, we were talking abt our life. huhu. flashing back whatever happened while doin' our DIA. hahaha..gossiping abt the lecs..class..frenz..keje etc etc huhu. sms anak emak ajak join but he can't make it sbb baru lepas mkn katanya. (masakan ibunda ke nok?) hahaha.

We juz lepaking @ Achai jer..malas nak g jauh2 even ada org tu nak minum air buah! hahaha. malas..malas..then tgh borak ada 1 group artiste mkn kt situ. Dynaz, Danny X-Factor, Mek yg dah kurus, Misha Omar (pakai wig ke..kejung je i tgk!). Diaorg baru abes shooting agaknya. tp kakak si misha, mimi tu potong rambut pendek..dah mcm abg redang lak! hahaha. oklah dats it! esok nak keje..*sigh* giler malas! ;p P/S: Naima..ada a few things off-record! ops!! hahaha

Cute's Blogger Award

1. Copy Badge ‘2008 Cute’s Blogger Award’ untuk diletakkan di blog anda:
2. Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda:
1 of my blogger's frenz
mummy with 1 cute adorable daughter

Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya:

Fakta/Hobi:

1. fussy
2. surfing net (termasuk baca blog rakan2..ehehe)
3. shopping
4. could be spendthrift
5. could be stingy
6. collect paper bag
7. jalan2 cari makan
8. malas nak mengemas (adakah saya npk pemalas?)
9. fashion
10. masak (tp dah lama sgt x masak!)

Tag kawan-kawan anda:
1. Kein
2. Naima
3. Husry
4. Kuchairies
5. Usheruff
6. Adzull
7. Hijaz
8. Sesape yg ada blog & rajin nak jwb! ehehe

Wednesday, January 28, 2009

Addicted to TWISTER! *wink*

Addicted to TWISTER??!! Yes I do! someone has to responsible to my addiction!! who?? kiddin' lah.. but adalah! huhu.. I just bought a couple of 1.5L @ JJ. Its so worth it! Mega Promo just RM10.88!


Twister! U twist my life! ahaks!

Gud Luck!

what for??? juz for my fav tennis sports star which is Roger Federer & Fernando Verdasco! gud luck for ur semi final in Australian Open 2009 today! juz a few hrs only! u did a great job to reached the semi final! for Verdasco its gonna be tough game bcoz u will meet Rafael Nadal! but anything can be happened! huhu. Federer u are still legendary of the tennis world!



~Roger Federer (Switzerland)~


~Fernando Verdasco (Spain)~

Anlene & Oat



juz nak sharing wit u guys..i think last mth, my opis ada panggil outsider for Anlene bone health check. since FOC, pegi jelah kan. apa susah. utk kebaikan kita juga. they used 1 machine to detect how strong our bone, so dia spray my kaki (1 side jer) dgn air then letak kt machine tu. area ankle tu. pastu leh tau result dia apa. ada 3 category which is:

(i) risiko tinggi/high risk: red colour (ni dah tahap teruk, normally org yg dah tua..silap2 yg muda pun ada kalo x jaga betul2)

(ii) risiko sederhana/moderate risk: yellow colour (most of d ppl berada di sini including me. my result is -1.6. so since my age still below 30 dia kata suh minum susu lagi so that dia bleh shifting to the green line..OMG! i have to drink milk..*sigh*)

(iii) risiko rendah/low risk: green colour (org2 yg berada di sini cukup bagus & juz maintain jer..Kak Haida, Ipin..u rock babeh..warna hijau tuh!)

so ari tu i pun belilah susu anlene for my bone & oat for my cholesterol problem. npknya kena jadikan ianya routine..even it is so bored! arghhh.


~the result~


Anlene & Oat

Autograph Book

Bila mengemas2 (rajinlah kononnya) terjumpa my autograph book masa zaman diploma dulu. dis one i buat masa nak grad. my gurl2 frenz sume terkejut bila i came out with dis book. sampai bdk2 AD pun nak tulis even x kenal i. hahaha. y u guys so interested 1? i like! thank you so much for those ppl yg menulis dlm buku ni. bila baca balik, membuatkan i berasa gembira, sedih, terharu dan mcm2 perasaan lagi. rindunya kt u guys semua. and i know some ppl yg menulis dlm buku ni dia jd silent reader of my blog!! thanx for ur support tau!! juz leave ur comment! jgn malu2..miss u so much!! keep in touch k my dear! ;)




"Dating??"



when i read another blog..ramai yg bercerita abt "dating". mmm..dating? adakah dating tu hanya utk couple2 jer? ntah..maybe typically org akan ckp mcm tuh. but for me dating is juz a dating..jumpa kwn2 pun dating jugak. cuma diff situation jer. am i rite? diff ppl diff opinion..its up 2 u guys. huhu.

anyhow, i still remember a few 'dating' yg byk meninggalkan memori to me! ops! mungkin 'dating' dgn seseorang yg kita suka akan membuatkan kita bahagia, mungkin juga derita! susah nak ckp kan. pernah 'dating' dgn seseorang di KL Sentral a few yrs back. dating ker? i really appreciate it sbb sgt susah nk dating dgn dia tp at last dpt jugak..tp itu dah berakhir. pernah jugak dating after my class a few yrs back also. thanx for your concerned tp tu juga dah berakhir. if berdating kt Restaurant Berputar Menara KL mesti romantic kan..huhu. oklah guys..i pun tak tau apa yg i merepek mlm ni! huhu. dating oh dating!



Tuesday, January 27, 2009

G Putrajaya jap..

Td g Putrajaya jap ada hal sikit. Thanx Hazri for ur helping! Di saat-saat i mmg sgt memerlukannya. Jasamu dikenang! then since umah Zam & Kin at the same area which is Precinct 9, sms mereka. Tp Zam xleh kuar sbb not feeling very well. So i sms Kin. dia kata dtg jelah umah dia. Tp xde apa2. I ok je. saje nak tgk umah dia. Kin ajak maen game guitar tu, tp malaslah..I'm not interested at the moment. huhu. Ni pics yg sempat disnap..owner lak yg request! matilah! hahaha..nasib ada my LUMIX kan..ehehe.


living hall (saje nak show-off flat screen tv ler tuh..chantek ker?)


i dihidangkan air dlm mug tu jer..npk tak..nxt time nak demand! haha


buka pintu, saya pegawai pencegah maksiat! hahaha..eh lupa u all dah kawen! huhu (tp ni dah gaya model nih..kuikui)


gaya owner umah yg bohsan dok umah berdua hari ni! hahaha

same date but different year..

Actually dari dulu, aku suka menulis. Hari ni aku terjumpa my planner for year 2003 & 2004. Since aku dah kerja, aku mmg malas nak menulis. Takde masa. Aku just tulis benda2 penting yg telah berlaku dlm kehidupanku from day to day. (rajin ke aku?)

Hari ni 27 Januari 2009 (Selasa). Aku nak tgk apa yg aku tulis on the same date for year 2003 & 2004. huhu.

27 Januari 2003 (Isnin)

  • Masa ni still kat UiTM Melaka lagi (zaman Diploma Part 6).
  • “AN” reply my sms! Happy. (juz wonderin’ sape “AN”?, mcm dah ingat2 lupa..i think my SA lah kot! Huhu)
  • I think, I’m so far away with “X”! (dis 1 I cant really remember, who is the “X”)
  • Tension with FAC350 (ni paper Accounting Theory nih..mmg emo pun!)

27 Januari 2004 (Selasa)

  • Masa ni dah kerja kat SINGTEL.
  • Got system training (semua training ni mmg mencabar..SINGTEL maa..!)
  • Those yg failed the assessment test, have to re-do! Then ada yg failed lagi! I 1st attempt trus passed ok! So Clarice (our trainer) marahlah jugak.
  • Try apply keje kat LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia kot) huhu.
  • I met ex-classmates masa form 2 kt SINGTEL. How small dis world kan.

Yang penting, bila baca yg part lain2 tuh, ada yg tergelak2, ada yg sedih, suka kat org tulah, suka kt org nilah, gaduh dgn org tulah, gaduh dgn org nilah. Mcm2 hal. This is all abt me..how abt u guys? itu lah memorinya.

~the planner for year 2003 & 2004~

"I kept your name in my journal and posted you in the ledger of my heart. You'll be classified an asset because your market value as a "FRIEND" never depreciates!"

Monday, January 26, 2009

retail therapy is one of the best way to release your tension!

Hari ni rasa mcm ok sikit. 1st thing, Salman & Niza lunch together with me. A few issues yg kami borakkan. Thanx guys, at least adalah member nak bercakap. Salman..kemeriahan handset barumu tetap menjadi ingatan dan bahan kami. Hahaha. Hye Salman..u saje je kan menyingkap kembali memori2 lama kat umah ni. (Sbb dia my ex-housemate..ehehe) sbb bising sgt ckp my house x kemas lah apa lah. So next time u dtg, tlg kemas & bersihkan. I mmg tengah malas! xde mood! Huhu.

2nd thing, after having lunch, I gtg… nak kuar jap release tension! Thanx my dear buddy Shuk! Dia fetch me @ 2pm then we headed to KLCC watching citer Underworld. For me quite oklah citer nih. Not so bad! Wow ramai jugak orang kat KLCC. Public Holidaylah katakan. Whateva! Who cares! Hahaha. Ada show lion dance..(see the video) then I terbeli slipper NIKE. Sbb replace for my Projectshop’s slipper yg dah putus tuh. It cost me RMXX.

Disebabkan retail therapy is one of the best way to release ur tension (Bub maafkan I..u igt u kat Dubai je bershopping x hengat!..hahaha) so I ajak Shuk g M. Valley coz nak tgk2 CROCS lak. Hahaha. Mmg giler! G M.Valley then I terbeli gak sandal CROCS tuh..eeee cutenya! I add up with the accessory cartoon yg cute (nt tambah lagi..comel lah). It cost me RMXXX. Hahaha. Melayang my $$.


Perut pun sudah lapar..so we decided g makan kt Chili’s which 1 of my fav place to eat! Huhu. But just now, I’m not choosing Oldtimer Burger but Cajun Club Sandwich & Shuk was choosing Honey Chicken Crisp. Quite lama gak kami berborak. Tapi kali ni kami tak gaduh pasal politik lagi! Hahaha. Btw, thanx lah beb, fetch me then we pampered ourselves! u rock babeh! Huhu.


Cajun Club Sandwich (Adeli mmg nice!!)


Honey Chicken Crisp


luv dis pic!!

Sunday, January 25, 2009

Aku tidak tahu apa yang ku rasa..



Aku kembali menulis di dalam blog ini kerana aku perlu luahkan apa yang ku rasakan di saat-saat ini. Hari ini aku masih merasakan yang aku masih trauma dengan kejadian itu. Ku rasakan perasaanku juga terganggu. Aku juga merasakan badanku seram sejuk semenjak malam itu. Ku pergi ke klinik panel berhampiran untuk mendapatkan ubat yang bisa menenangkan jiwa kacau ku ini. Ternyata tekanan darahku juga tidak berapa stabil kerana keputusannya agak tinggi daripada paras normal. Doktor memberikan aku ubat dan memintaku merehatkan diri. Aku cuma mengiyakan sahaja arahan doktor.

Seharian aku hanya mengurungkan diri di dalam bilikku dengan perasaan yang tidak menentu. Aku berasa sungguh terharu kerana masih ada beberapa sahabatku yang bertanyakan khabarku di ketika ini. Terima kasih kerana kamu masih mengingatiku di saat aku sangat-sangat memerlukannya. Tetapi cuma yang aku terkilan dengan orang-orang yang sangat ku harapkan di ketika aku memerlukannya, mendengar masalahku tetapi mereka tiada. Di mana mereka? Aku pasti mereka sedang bergembira dengan dunia mereka, sibuk dengan agenda tersendiri. Apalah daya diriku. Aku sedar aku siapa. Mungkin aku hanya diperlukan di waktu-waktu yang tertentu. Aku juga merasakan diriku sangat sepi dan hilang dalam duniaku yang tersendiri. Ku pujuk diriku.. “sudahlah jangan menangis lagi, ku rasa cukup sampai di sini, mungkin di suatu saat nanti, aku kan temui sahabat yang sejati” Hanya satu yang ku pinta Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. DariMu aku datang, kepadaMu jua aku kembali Ya Allah.

Saturday, January 24, 2009

Thanx for everythings!

I'm home from sending my car to the respective person in charge in Ampang. Before that i was accompanied Bobi & Zali went to TESCO. Bought a few things. While on the way to the TESCO, Bobi asked me, why am i silent? seems like something overshadow you. sori beb, I'm still in 'phobia' mode & speechless. After TESCO then we headed to NURIN which is Jaz de Mama's Boy & Usop Sontorian favourite place for loafing. I also don't mind because I've been there for a few times & they got WIFI Free! I ordered teh tarik & Roti Naan. I just can finished for 1 and half pieces from 4. I was felt no so good to finish up the Roti Naan.

While chit-chatting, we saw Usop & a few minutes later Jaz also came (Speak of the devil). As usual they want to watch Man U game. Suddenly, my handset was ringing with one weird number. Siapalah plak ni?? OMG!! One of my senior @ UiTM Melaka was calling me!! thanx beb! I really appreciate it!! He is good senior & still remembering me as well. kenapa no lain? Actually he is not in Malaysia, he is in Riyadh, Saudi Arabia for a current moment. OMG!! surprised!! He is in the Middle East which I wish one day, I'll be working there especially Dubai!! What is time there? just around 7am. I really really don't expect it. Yeah...in fact a few of my friends in Malaysia ni pun not really concerned about that. Sometimes, I feel bad to those friends yang dulu closed tapi bila dah kahwin ke dapat kerja lain ke apa ke lupa kawan-kawan lama. Fine..that is what you want it rite! Go ahead! I couldn't be bothered!

We move back to Bobi's house to meet the person in charge. I handed over all the documentations & key to him. I asked, if he can do it faster, please do it. "patah kaki" already! Zali & Bobi sent me back. TQVM my dear friends. Jasamu dikenang!

Just wanna sharing with you Camelia by Irwansyah. I guess this is the new song from him. I just fall in luv with this song! very nice.


Accident in Ampang last nite! **Phobia**

Aku cuba melelapkan mataku, menenangkan diriku tetapi aku gagal. Hatiku terus berbisik, aku harus ceritakan apa yang telah berlaku semalam. Jiwaku bercelaru dengan pelbagai insiden yang berlaku termasuk kemalangan malam semalam. Bila aku cuba melelapkan mata, masih segar terbayang kejadian itu di mindaku.

Pada petang itu seperti biasa aku begitu berkejaran ke kelas, menempuhi kesesakan lalu lintas yang begitu menggila pada petang Jumaat, tambahan pula sempena cuti Tahun Baru Cina yang sudah pasti ramai yang memanfaatkan peluang ini untuk pulang ke kampung halaman. Aku masih tersekat di dalam kesesakan di mana menyebabkan ku terpaksa mengikuti tol Bukit Raja. Kesabaran dan keemosian ku diuji lagi apabila laluan pintu belakang juga sesak. Kenapa dengan hari ini hatiku bertanya sendiri? Berikan aku kekuatan Ya Allah.

Lebih kurang jam 7 malam baru aku masuk ke kelas. Aku bersyukur masih belum banyak lagi yang di ajar oleh Mr. Ganisen. Alhamdulillah sepanjang kelas itu, aku faham apa yang telah diajar. Disamping itu, aku cuba mengawal dan meredakan kadar keemosianku. Itulah asam garam kehidupan sebagai pelajar separuh masa. Aku harus tabah dan kuat menghadapinya kerana ini semester terakhirku. Akan ku buktikan aku boleh berjaya seperti orang lain jua walaupun perakaunan bukanlah pilihanku, bukanlah makanan jiwaku. Akan tetap ku teruskan jua.

Dalam keadaan jiwaku yang kacau, terubat juga sedikit kerana petang itu aku ada bercakap dengan seseorang yang bisa memberikan aku inspirasi tentang kehidupan ini. Terima kasih kerana kau menunjukkan dirimu yang sebenar bukannya bertopengkan sesuatu yang hipokrit. Setelah kelas bersurai, kami makan bersama di Anggerik di Seksyen 7. Aku begitu menikmati hidangan nasi goreng kampungku. Aku tahu aku seperti tiada perasaan untuk berbicara. Fikiranku bercelaru. Dalam masa yang sama ada orang yang bercakap tentang aku akan mengalami “accident”. Biarkanlah itu hak dia untuk berkata apa sekalipun. Kalau ya, itu sudah ketentuanku.

Jam menunjukkan hampir 11 malam. Kami harus pulang. Masing-masing juga ada tentatif program yang sudah diatur keesokan harinya. Sebelum bersurai Bobi mengajakku dan Zan keluar melepak di sekitar Ampang. Padaku tiada masalah. Aku begitu senang jika keluar bersama Bobi kerana kadang-kadang aku bisa berkongsi masalahku. Dia juga seorang pendengar dan pencerita yang baik. Tapi aku harus pulang dulu ke rumah, menyegarkan diri baru bergerak keluar.

Jam menunjukkan 1220 malam. Setelah bersiap, aku menghantar sms kepada Bobi, mengatakan aku akan bergerak keluar. Tidakku sangka pada tanggal 24 Disember 2009, lebih kurang jam 123o malam, akhirnya berlaku kejadian itu di simpang Taman Dato’ Ahmad Razali, Ampang. Seperti biasa apabila aku sampai di simpang itu, aku akan memberikan isyarat ke kanan dan apabila tiada kereta atau motor yang datang dari arah bertentangan aku akan masuk ke simpang. Aku begitu yakin sekali pada masa itu kerana ku lihat semua kereta itu jauh lagi dari simpang tersebut. Aku terus masuk ke simpang seperti biasa dan akhirnya datang sebuah motosikal yang aku tidak sedar ketibaanya menghentam pintu belakang keretaku. Aku juga dengan jelas melihat melalui cermin sisi keretaku di mana pemandu motosikal itu terjatuh. Serta merta ianya mengingatkan aku tentang kisah kemalanganku juga pada tahun 2004 ketika menunggang motosikal pulang ke rumah dari pejabat. Aku terus keluar dari keretaku dan menghubungi Bobi. Aku tidak merasakan aku panik, aku merasakan aku begitu tegar menghadapi situasi itu. Orang telah ramai berkerumun di tempat kejadian, kehadiran Bobi sekaligus menambahkan lagi kekuatanku untuk menghadapinya.

Alhamdulillah ku lihat lelaki yang terjatuh itu tidak mengalami kecederaan yang serius. Dia terus menelefon abangnya untuk membantunya. Dia tidak mahu dihantar ke hospital sehingga abangnya sampai. Aku mengikutkan sahaja kehendaknya. Tidak beberapa lama kemudian, abang lelaki itu sampai dan berjumpa denganku. Aku senang berbicara dengan abang lelaki itu disebabkan dia seorang yang tenang. Aku tahu peluang kesalahanku dan adiknya adalah 50-50 berdasarkan apa yang diberitahu oleh rakan Bobi yang sudah biasa menguruskan kejadian seperti ini. Tapi yang cuma kami kurang senang dengan kehadiran isteri kepada abang itu yang begitu menjelikkan perangainya. Seolah-olah dia yang mengawal semua keadaan termasuk suaminya sendiri. Aku pun tidak faham. Tapi aku beterima kasih kepada Bobi dan rakannya yang banyak menyokong aku kerana aku merasakan diriku begitu fobia lagi dan agak kelu untuk berkata-kata.

Isteri kepada abang itu meminta aku menunggu adik iparnya sehingga keluar dari hospital dahulu dan membuat laporan bersama. Rakan Bobi menasihatkan aku supaya tidak perlu menunggu, kita terus sahaja pergi membuat laporan. Kalau datang bersama pun, laporannya juga berasingan. Aku rasa apa yang dinasihatkan itu betul, masakan aku perlu menunggu lagi lelaki itu. Kami pergi membuat laporan, tapi keputusan samada aku bersalah atau tidak, tidak dapat dikeluarkan lagi. Mengikut Sarjan tersebut dia terpaksa merujuk kepada pegawai atasannya. Aku dikehendaki berjumpa dia pada hari Selasa dan membawa semua dokumen yang berkaitan. Tetapi apabila kami keluar dan merujuk kepada rakan Bobi, dia menyuruh aku memberikan dokumen itu kepadanya dan dia akan menolong menyelesaikannya. Senang hatiku mendengarnya.

Aku pun pulang bersama Bobi dan apabila sampai di simpang itu, kami berjumpa sekali lagi dengan abang lelaki itu. Isterinya tetap dengan perangai yang menjelikkan. Abang itu tetap bertenang. Dia kata adik dia OK, tidak teruk. Kami berbincang pula mengenai bil adiknya. Bobi menasihatkanku supaya tidak memberikan wang kepadanya sehingga dia menunjukkan bil hospital tersebut. Aku bersetuju dengan cadangan itu. “Abang saya rasa saya nak tengok bil tu dulu macam mana, saya pun bukannya banyak duit kan, saya faham, saya pun pernah accident macam ni”. Abang itu pun bersetuju. Akhirnya lebih kurang jam 330 pagi semuanya selesai. Aku membawa pulang dulu keretaku kerana ianya akan dihantar ke bengkel pada malam esoknya.

Hancur leburlah harapanku untuk pulang ke kampung. Aku minta maaf Rosyi dan Kamal kerana aku tidak bisa menghadiri majlis perkahwinanmu. Aku sedih kerana Kamal adalah sahabat baikku ketika di sekolah menengah. Aku juga serba salah apabila Kamal menghubungiku meminta aku hadir juga ke majlisnya. Aku keliru. Berdayakah aku memenuhi permintaannya? Patutlah aku merasakan seperti sesuatu yang tidak kena dengan diriku sepanjang minggu ini. Jiwaku begitu gundah gelana. Serba-serbi tidak kena dibuatnya, sebenarnya ada sesuatu yang Tuhan telah tentukan dalam perjalanan hidupku. Aku redha Ya Allah akan ketentuan-Mu. Sekarang ini aku hanya memikirkan bagaimana harus ku harungi untuk ke tempat kerja dan terutamanya ke kelas kerana menurut rakan Bobi, ianya akan mengambil masa lebih kurang 10 hari untuk diperbetulkan. 10 hari??

Aku terharu dengan rakan-rakanku yang bisa menghulurkan bantuan ketika aku sedang jatuh begini. Jutaan terima kasih Bobi, terima kasih Geng-Geng EMO, Adli, Azri, Hazri, Hanafi dan juga Shukri. Terima kasih juga kuucapkan kepada yang membalas sms ku, menelefonku samada bersimpati dan juga mentertawakanku. Aku redha. Mungkin ini adalah balasan yang aku terima secara tidak langsung di atas kesilapan dan dosaku yang lalu. Begitulah kehidupan ini, di mana kita akan tahu siapa adalah teman sejati ketika kita berada di saat-saat kejatuhan. Mungkin teman untuk tertawa begitu ramai boleh dicari tetapi teman berduka kehadirannya belum pasti lagi.

Maafkan aku jika cerita ini terlalu panjang dan puitis bahasanya. Tetapi aku hanya terpanggil untuk menceritakannya begini. Memperkasakan bahasa ibunda ku sendiri. Maafkan aku.

Friday, January 23, 2009

Jiwaku Calar, Jiwaku Kacau, Jiwaku Rawan..

Aku tidak tahu apa yang ingin ku tulis di dalam entry ini. Aku keliru, jiwaku calar, jiwaku kacau, jiwaku rawan. Seolah-olah ada satu suara yang menyuruhku mengeluarkan apa yang terbuku di dalam hatiku, apa yang membelenggu difikiranku. Bertemankan dengan lagu-lagu yang bisa menyentuh perasaanku, aku terus menulis mengikut sahaja kata hatiku tanpa hala tujuan yang pasti. Air mata yang sudah pasti tidak dapat ku tahan, ku biarkan ia mengalir mengikut rentak lagu yang dialunkan. Seolah-olah setiap bait-bait lirik dan melodi di dalam lagu itu mengiyakan apa yang menghantui diriku. Aku tahu saat itu semakin hampir, semakin tiba. Semakin aku menghampirinya semakin itu juga aku terluka. Semakin aku cuba merapati dia semakin banyak halangan yang tiba. Sedarkah dikau, mungkin aku bisa berbicara denganmu, bergelak ketawa, bergurau senda di depanmu tanpa ada apa-apa kelainan tetapi tidakkah kau tahu hatiku terluka di sebaliknya.

Sedarkah dikau bahawa senyum tawamu, gayamu, ketulusan hatimu, keprihatinanmu berbanding insan lain telah menyentuh perasaanku dan aku juga sentiasa senang apabila setiap kali bersamamu. Tidakkah kau tahu aku juga sudah berkorban, menyanjungi, melindungi sehabis baik terhadap dirimu. Tidakkah kau tahu setiap detik dan saat aku juga merindui dirimu di angin lalu. Bukan ku pinta aku menyukaimu secara diam tetapi itulah hakikatnya. Bukan ku pinta kau membalas cintaku kerana aku seolah pasti akan apa jawapannya di akhir noktah ini. Aku tidak akan meluahkan isi hatiku kepadamu. Tidak sekali-kali. Itulah diriku. Aku tidak mahu hanya kerana itu kau membenciku. Kini maafkanlah aku bilaku menjadi bisu kepada dirimu, bukan santunku terbungkam hanya hatiku berbatas untuk mengerti kamu, maafkanlah aku.

Aku tahu dalam kesamaran ini, kau pergi jua akhirnya. Aku redha dengan ketentuanmu Ya Allah. Setiap yang Kau ciptakan di atas muka bumi ini adalah yang terbaik. Jika aku terbelenggu dalam perasaan itu, seharusnya aku lupakan saja kerana ianya takkan bersatu di bumi yang nyata. Aku relakan kau pergi jika itu adalah yang terbaik untukmu. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu dan keceriaanmu. Sesungguhnya kau akan pergi dan begelar seorang yang berjaya dalam hidupmu tapi aku hanya tertinggal di sini dan akan bergelar seorang diri yang masih mencari pegangan dan jalan yang hakiki.

Di akhir kalam ini, “Z” & “F” aku begitu memerlukan dirimu ketika ini untuk mendengar luahan hatiku. Sejarah mungkin berulang. Aku bingung “Z”, aku keliru “F”. Jika kamu tidak dapat merungkaikannya cukuplah sekadar menjadi pendengar yang setia kepada diriku.

~Part 1~

~Part 2~


Thursday, January 22, 2009

CLARINS for men

I alwiz brought my clarins toiletries bag wherever I go..huhu. then last week my colleague was asked me when she saw my toiletries bag in the lift.

"u pakai clarins ker?"
"not really..ni dah lama dah..ehehe"
"I pakai clarins skang..npk mcm ok lah"
"o ye ke..good for u"

did u know, I bought this bag at very good $$. ehehehe. my buddy niza yg belikan kat satu warehouse. masa tu I keje..x sempat nak g. dia masih study lagi..then dia called me..i just proceed. it is worth it! just RM50 which consist of facial wash, shaving gel & after shave toner. huhu. now, i'm x using the facial wash..dun think it suite for me. but i really luv the shaving gel. nice! so guys rajin²kan diri anda ke warehouse sales kalau nak sesuatu yg worth it yet branded! ahaks ;)



Kepala Pening..


hari ni bangun pagi², aku rasa pening..berlarutan sampai sekarang pulak..I hope I'll be ok soon. mungkin terlalu byk memikirkan tentang semalam yg tidak pasti kesudahannya..tp aku pasti akan jwpnnya.

today is friday. saturday is juz around d corner! mungkin esok akan membuatkanku lebih gembira atau mungkin aku berasa duka sebaliknya? Apapun esok aku akan hang out bersama sahabat baikku "Z" dan ramai lagi. Aku rindu ingin mendengar suara "L" juga "B" kalau mereka bersama untuk mendendangkan lagu² yg bisa membuatkan semua terpukau akan kehebatan vokalnya. aku juga rindu mereka yg lain. mungkin juga ada yg merindukan suaraku..?? hanya tuhan yang tahu.

"Z" terima kasih ku ucapkan kerana kau byk mendengar masalahku ketika tahun 2007 yg byk memberikan tamparan hebat dlm hidupku. aku masih rindu akan suasana ketika lepak bersama di panorama..yg bisa menenangkan jiwaku melihat keindahan alam ini. berbaring di tepi swimming pool sambil menghirup udara segar yg bisa membuatkan aku melupakan "dia".

Sekarang kau juga tiada "Z"...ko juga hilang secara tidak langsung tapi aku yakin kau lah pendengar setiaku..cuma kau sahaja yang tahu bahawa aku tak mudah untuk mencintai, aku tak mudah mengaku ku cinta, aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta..senandungku hanya untuk cinta, tirakatku hanya untuk engkau, tiada dusta sumpah ku cinta sampai ku menutup mata....cintaku sampai ku menutup mata....



Menghitung Hari..

How am I going to start this entry? I had no idea my dear. Talk turkey, today I was felt miserable even I can laugh, joking and etc in front of people. All of sudden, I’m so touched when I read one of my friend’s blog. The words say…

“the road is long

does not know where the end will bring me to

and all i know,

i am trying”

“I am trying??” Trying to be what? It was make me think about my future, my beloved friends, family and etc. It has been a long time, I never cry, eventually when I drove all the way back home, I did it again! am I King of tear?? I don’t mind at all because for me it is much sincere rather than laugh or smile.

My dear PLK’s friends, we were all growing up in our little own way. Changing it seemed almost every single day. Our attitudes were changing and our understanding too. Learning new things the way seniors do.

Then all of a sudden, graduation just around the corner. Bachelors Degree years was almost over and many shed a tear. For some were leaving, some moving far away, maybe never to see them for many many a day. And now when I look back on my 4 years at UiTM Shah Alam, sometimes I cried, hurt…and others times I laughed of memories in UiTM Shah Alam. Throughout these years, what I have really gotten done? Well after all we had been through; I want you to remember me always as this comes to an end.

Have I done my best? Have I been a friend to someone? I hope that I can yes, that these things are true that I have done the best I could do and have helped someone who was blue. I think it’s about time. Going, going…gone. The future is just around the corner, all that…and a little more. And now we start all over at whatever institute we attend. So I just want to say “Good Luck” to all of you as the Bachelors Degree years comes to an end.


“I ask God to bless you, as I pray for you today; to guide you & protect you, as u go along your way. His love is always with you, His promises are true.. and when u give Him all your cares, He’ll see you thru.. “

Sebuah Kisah Klasik (Untuk Masa Depan)

Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tidak bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Karena hari ini yang akan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Karena waktu ini yang akan kita banggakan di hari tua

Sampai jumpa kawanku
Semoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
Semoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglah
Karena hari ini yang akan kita rindukan
Di hari nanti...

Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian

~video clip~