Sunday, January 25, 2009

Aku tidak tahu apa yang ku rasa..



Aku kembali menulis di dalam blog ini kerana aku perlu luahkan apa yang ku rasakan di saat-saat ini. Hari ini aku masih merasakan yang aku masih trauma dengan kejadian itu. Ku rasakan perasaanku juga terganggu. Aku juga merasakan badanku seram sejuk semenjak malam itu. Ku pergi ke klinik panel berhampiran untuk mendapatkan ubat yang bisa menenangkan jiwa kacau ku ini. Ternyata tekanan darahku juga tidak berapa stabil kerana keputusannya agak tinggi daripada paras normal. Doktor memberikan aku ubat dan memintaku merehatkan diri. Aku cuma mengiyakan sahaja arahan doktor.

Seharian aku hanya mengurungkan diri di dalam bilikku dengan perasaan yang tidak menentu. Aku berasa sungguh terharu kerana masih ada beberapa sahabatku yang bertanyakan khabarku di ketika ini. Terima kasih kerana kamu masih mengingatiku di saat aku sangat-sangat memerlukannya. Tetapi cuma yang aku terkilan dengan orang-orang yang sangat ku harapkan di ketika aku memerlukannya, mendengar masalahku tetapi mereka tiada. Di mana mereka? Aku pasti mereka sedang bergembira dengan dunia mereka, sibuk dengan agenda tersendiri. Apalah daya diriku. Aku sedar aku siapa. Mungkin aku hanya diperlukan di waktu-waktu yang tertentu. Aku juga merasakan diriku sangat sepi dan hilang dalam duniaku yang tersendiri. Ku pujuk diriku.. “sudahlah jangan menangis lagi, ku rasa cukup sampai di sini, mungkin di suatu saat nanti, aku kan temui sahabat yang sejati” Hanya satu yang ku pinta Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. DariMu aku datang, kepadaMu jua aku kembali Ya Allah.

1 comment: