Thursday, November 12, 2009

"hari itu.."



OMG… lamanya sudah tidak mengemaskini blog ni… tipulah kalo aku ckp aku x rindu… definitely aku sgt rindu nak berblogging… sangaaaattttt!! Tapi aku seperti tiada masa untuk itu… ntah tak taulah kenapa… arghhh!! cemburu jugak tgk org² yg gigih update blog mereka even sgt sibuk… so I will try my best!!


Mungkin setelah lama tidak berbicara, aku seolah-olah terpanggil untuk menceritakan tentang ‘hari itu’. Cukuplah sekadar ku nyatakan peristiwa itu sebagai ‘hari itu’. Pelbagai perkara telah berlaku pada ‘hari itu’… sukar untuk aku jelaskannya satu-persatu. Untuk ku bezakan ‘hari itu’ dgn ‘hari lain’ yang seolah akan sama… masing-masing ada kekuatan & kelemahannya.


Mungkin sudah lama aku merancang untuk ‘hari itu’… tapi apakan daya, aku hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Pada ‘hari itu’ juga aku seperti kehilangan arah.. seperti ibu ayam kehilangan anaknya… mungkin jua… satu-persatu mengecewakan aku… tapi untuk mengawal dan menjaga keadaan… aku hanya mampu tersenyum dan mengiyakannya. Oh Tuhan tuntunlah hatiku…


Sehinggakan aku seolah-olah tidak mampu menangis untuk ‘hari itu’… apakah aku sudah tiada perasaan untuk ‘hari itu’?? aku tidak pasti sama sekali… ‘hari itu’ kau datang dan kau pergi sekelip mata… tidak akan ada ulangannya… ‘hari itu’ kadangkala kau membuatkan aku gembira… kadangkala kau juga membuatku derita & merana… ku pujuk diriku… setiap ketentuan dan perkara yang berlaku adalah yang terbaik untukku…




Yang pasti ‘hari itu’ hanyalah tinggal kenangan…



9 comments:

  1. saba k awk..'hari lain' masih ada..;)

    ReplyDelete
  2. shema:

    thanx..mengharap hari yang lebih baik..

    ReplyDelete
  3. adakah hari itu hari...... xpelah... hihi.. sabar jelah nok!

    ReplyDelete
  4. naima:

    menghitung hari je skang...huhu ;p

    ReplyDelete
  5. setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..
    sabo ek...pastikan ada hari lain menggantikan hari itu dan biarkan ia berlalu k..

    ReplyDelete
  6. smoga hari esok lebih bahagia daripada 'hari itu'..

    ReplyDelete
  7. esok masih ada..

    *hari apakah HARI ITU?

    ReplyDelete
  8. ierda:

    mcm tulah gamaknya..memujuk diri sendiri..huhu

    ReplyDelete
  9. @xim:

    owhhh..biarlah ia berlalu..menjadi rahsia alam ini..huhu..

    mugkin 'hari lain' menjanjikan sesuatu yang lebih baik...

    ReplyDelete