Monday, February 9, 2009

Kau Pergi Jua..



Malam ini hujan turun dengan lebat. Adakah selebat hati ini menangisi sesuatu yang telah pergi dan akan pergi jauh dari hidupku. Aku cuma tidak pasti. Kenapa harus aku terbelenggu dalam perasaan ini. Selepas solat Maghrib tadi, ku panjatkan doaku kepada Ilahi agar diriku diberkati, diberikan sinar kebahagiaan dan kegembiraan. Tidak lupa juga arwah emak dan abah yang aku sayangi. Aku begitu merindui mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.


Walaupun emak dan abah sudah tiada di sisi, tapi aku berjanji akan melakukan yang terbaik untuk diriku. Aku tidak pernah lupa akan pengorbanan mereka yang besar, mendidik aku menjadi insan yang berguna. Bagiku menjadi orang yang ‘susah’, alah bisa tegal biasa. Aku tahu emak dan abah bukan di kalangan orang yang berpelajaran tinggi, melimpah ruah dengan harta, tapi aku bersyukur kerana ‘kasih sayang’ mereka mengatasi segalanya. Aku sayang kamu, aku rindu kamu. Melihat orang lain bergembira bersama emak dan abah mereka, kadang-kadang membuatku berasa iri hati dan cemburu. Tapi itulah realiti yang harus ku terima yang bisa membuatku lebih dewasa dengan percaturan alam ini.


Di samping itu, kenapa perlu kau hadir ketika aku melalui fasa terakhir dalam mengecapi kejayaanku. Sudahku tepikan perasaan itu. Tapi ia semakin kuat membisikkan ke telingaku, juga berlegar-legar di fikiranku. Aku keliru. Akan ku ikuti kehendakmu, andai itu yang kau mahu dariku. Akan ku undurkan diri demi kebahagiaan dirimu. Aku tidak mahu memori itu terus memburu dan membayangi hidupku. Yang pasti aku tetap akan merindui dan menyayangimu hingga ke akhir hayatku. Kau bisa menyentuh hatiku tetapi harus kau ingat, aku juga lebih bisa menyentuh hatimu. *adakah aku juga "berikrar"?? mungkin ya, mungkin tidak* *sepi*

11 comments:

  1. man, sabar yer!! moga arwah mak dan abah ko dicucuri rahmat...Amin!!!

    ReplyDelete
  2. mama danish:

    thanx..hope so. Amin. semua yg berlaku di dlm kehidupan ini ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  3. it was a touching entry..u r such a great guy..be strong ok with what had happen..u r rite..maybe ade hikmah..semuanye..take cr..semoga Allah merahmati keduanya..

    ReplyDelete
  4. keira:

    thanxs..reali appreciate it! :) i have to be strong! ~again i was make ppl touched..mmm~

    ReplyDelete
  5. man, aku je yg x 'touched' ngan entry ko..hehehe..apa kena mengena kucing tu ngan entry ko ni..aku ingat kusing ko kat kmpg kena gilis lori ke..hehehe

    apa2 pun ko mmg strong..aku salute kat ko..tabik spring kereta..

    aku doakan Arwah parents ko dicucuri rahmatNya..Amin..

    ReplyDelete
  6. mhs:

    amboi3x..ni wat aku "EMO" nih..!! ko kan mmg nak kena kan!

    aku suka kucing sbb kucing comel. tp leceh nak bela kat KL ni. kalo kt kg senang sikit. hahaha

    btw, TQVM for ur pray.

    ReplyDelete
  7. syahdu nye bc entry ko ni... but, i know ko strong tuk semua ni... chaiyo2

    ReplyDelete
  8. MHM:

    thanx tau!! at least i told u something last nite! u rock babeh!! ;)

    ReplyDelete
  9. what a pity life of you...u r strong man rahman...

    ReplyDelete
  10. azic:

    apa yg berlaku adalah yg terbaik drpd Tuhan Yang Maha Esa..

    saya redha..

    ReplyDelete