Friday, February 6, 2009

saya rindu kampung saya..


Saya tidak tahu, kenapa saya rindu sama kampung saya. Ramai orang balik kampung hujung minggu ni sebab ada cuti panjang. mmm..bagusnya! kalau saya juga dapat balik mesti seronok. Tapi apakan daya saya. Saya dalam stress! kereta saya belum siap lagi. Jadi saya tak dapat balik. Saya sedih :(

Stress? entah, susah saya nak cakapkan. Hari ni semasa dalam kelas saya dapat 2 sms. 1 sms *stress*, 1 sms *comel*. Saya bingung. Sekurang-kurangnya sms *comel* itu dapat mengurangkan stress saya. Terima kasih ya kepada pengirimnya yang mungkin juga *comel*?? ops terlebih sudah. Bagi sms *stress*, apakan daya saya, kalau itu yang dipinta saya turutkan. Saya tiada hak ke atasnya. Walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Saya terima seadanya. Mungkin ini balasan ke atas diri saya. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.

Berbalik semula kepada cerita kampung, saya sangat benci bila ada orang cakap saya tak ingat kampung saya. Mana dia tau? Dia ingat dia bagus sangat? Cakap tak serupa bikin. (ada orang curi baca surat saya, surat yang kakak saya tulis. Saya hanya tahu selepas beberapa tahun, saya redha, itu antara urusan dia dengan Tuhan, tapi tolong jangan pandai-pandai bawa mulut cakap saya lupakan keluarga dan kampung!) Minta maaf ya, saya masih sedar yang saya orang kampung, asal dari kampung. Yang penting kita pandai menyesuaikan diri ke mana-mana kita pergi. Betul tak? Jangan lupa diri. Jangan terjebak dalam kejutan budaya. Alah yang duduk bandar tu, saya tengok macam kampung juga. Kadang-kadang lebih kampung dari orang kampung. Maaf, itulah realitinya. Saya EMO! Nanti kalau ada masa saya cerita lagi mengenai kerinduan saya kepada kampung :)

4 comments:

  1. Zarina:

    so i nak masuk cheer leader utk menceriakan diri..tiber! ;)

    ReplyDelete
  2. tulah mek nak g beli lagging..matilah mana nak kepit!!?? hahaha

    ReplyDelete