Saturday, January 24, 2009

Accident in Ampang last nite! **Phobia**

Aku cuba melelapkan mataku, menenangkan diriku tetapi aku gagal. Hatiku terus berbisik, aku harus ceritakan apa yang telah berlaku semalam. Jiwaku bercelaru dengan pelbagai insiden yang berlaku termasuk kemalangan malam semalam. Bila aku cuba melelapkan mata, masih segar terbayang kejadian itu di mindaku.

Pada petang itu seperti biasa aku begitu berkejaran ke kelas, menempuhi kesesakan lalu lintas yang begitu menggila pada petang Jumaat, tambahan pula sempena cuti Tahun Baru Cina yang sudah pasti ramai yang memanfaatkan peluang ini untuk pulang ke kampung halaman. Aku masih tersekat di dalam kesesakan di mana menyebabkan ku terpaksa mengikuti tol Bukit Raja. Kesabaran dan keemosian ku diuji lagi apabila laluan pintu belakang juga sesak. Kenapa dengan hari ini hatiku bertanya sendiri? Berikan aku kekuatan Ya Allah.

Lebih kurang jam 7 malam baru aku masuk ke kelas. Aku bersyukur masih belum banyak lagi yang di ajar oleh Mr. Ganisen. Alhamdulillah sepanjang kelas itu, aku faham apa yang telah diajar. Disamping itu, aku cuba mengawal dan meredakan kadar keemosianku. Itulah asam garam kehidupan sebagai pelajar separuh masa. Aku harus tabah dan kuat menghadapinya kerana ini semester terakhirku. Akan ku buktikan aku boleh berjaya seperti orang lain jua walaupun perakaunan bukanlah pilihanku, bukanlah makanan jiwaku. Akan tetap ku teruskan jua.

Dalam keadaan jiwaku yang kacau, terubat juga sedikit kerana petang itu aku ada bercakap dengan seseorang yang bisa memberikan aku inspirasi tentang kehidupan ini. Terima kasih kerana kau menunjukkan dirimu yang sebenar bukannya bertopengkan sesuatu yang hipokrit. Setelah kelas bersurai, kami makan bersama di Anggerik di Seksyen 7. Aku begitu menikmati hidangan nasi goreng kampungku. Aku tahu aku seperti tiada perasaan untuk berbicara. Fikiranku bercelaru. Dalam masa yang sama ada orang yang bercakap tentang aku akan mengalami “accident”. Biarkanlah itu hak dia untuk berkata apa sekalipun. Kalau ya, itu sudah ketentuanku.

Jam menunjukkan hampir 11 malam. Kami harus pulang. Masing-masing juga ada tentatif program yang sudah diatur keesokan harinya. Sebelum bersurai Bobi mengajakku dan Zan keluar melepak di sekitar Ampang. Padaku tiada masalah. Aku begitu senang jika keluar bersama Bobi kerana kadang-kadang aku bisa berkongsi masalahku. Dia juga seorang pendengar dan pencerita yang baik. Tapi aku harus pulang dulu ke rumah, menyegarkan diri baru bergerak keluar.

Jam menunjukkan 1220 malam. Setelah bersiap, aku menghantar sms kepada Bobi, mengatakan aku akan bergerak keluar. Tidakku sangka pada tanggal 24 Disember 2009, lebih kurang jam 123o malam, akhirnya berlaku kejadian itu di simpang Taman Dato’ Ahmad Razali, Ampang. Seperti biasa apabila aku sampai di simpang itu, aku akan memberikan isyarat ke kanan dan apabila tiada kereta atau motor yang datang dari arah bertentangan aku akan masuk ke simpang. Aku begitu yakin sekali pada masa itu kerana ku lihat semua kereta itu jauh lagi dari simpang tersebut. Aku terus masuk ke simpang seperti biasa dan akhirnya datang sebuah motosikal yang aku tidak sedar ketibaanya menghentam pintu belakang keretaku. Aku juga dengan jelas melihat melalui cermin sisi keretaku di mana pemandu motosikal itu terjatuh. Serta merta ianya mengingatkan aku tentang kisah kemalanganku juga pada tahun 2004 ketika menunggang motosikal pulang ke rumah dari pejabat. Aku terus keluar dari keretaku dan menghubungi Bobi. Aku tidak merasakan aku panik, aku merasakan aku begitu tegar menghadapi situasi itu. Orang telah ramai berkerumun di tempat kejadian, kehadiran Bobi sekaligus menambahkan lagi kekuatanku untuk menghadapinya.

Alhamdulillah ku lihat lelaki yang terjatuh itu tidak mengalami kecederaan yang serius. Dia terus menelefon abangnya untuk membantunya. Dia tidak mahu dihantar ke hospital sehingga abangnya sampai. Aku mengikutkan sahaja kehendaknya. Tidak beberapa lama kemudian, abang lelaki itu sampai dan berjumpa denganku. Aku senang berbicara dengan abang lelaki itu disebabkan dia seorang yang tenang. Aku tahu peluang kesalahanku dan adiknya adalah 50-50 berdasarkan apa yang diberitahu oleh rakan Bobi yang sudah biasa menguruskan kejadian seperti ini. Tapi yang cuma kami kurang senang dengan kehadiran isteri kepada abang itu yang begitu menjelikkan perangainya. Seolah-olah dia yang mengawal semua keadaan termasuk suaminya sendiri. Aku pun tidak faham. Tapi aku beterima kasih kepada Bobi dan rakannya yang banyak menyokong aku kerana aku merasakan diriku begitu fobia lagi dan agak kelu untuk berkata-kata.

Isteri kepada abang itu meminta aku menunggu adik iparnya sehingga keluar dari hospital dahulu dan membuat laporan bersama. Rakan Bobi menasihatkan aku supaya tidak perlu menunggu, kita terus sahaja pergi membuat laporan. Kalau datang bersama pun, laporannya juga berasingan. Aku rasa apa yang dinasihatkan itu betul, masakan aku perlu menunggu lagi lelaki itu. Kami pergi membuat laporan, tapi keputusan samada aku bersalah atau tidak, tidak dapat dikeluarkan lagi. Mengikut Sarjan tersebut dia terpaksa merujuk kepada pegawai atasannya. Aku dikehendaki berjumpa dia pada hari Selasa dan membawa semua dokumen yang berkaitan. Tetapi apabila kami keluar dan merujuk kepada rakan Bobi, dia menyuruh aku memberikan dokumen itu kepadanya dan dia akan menolong menyelesaikannya. Senang hatiku mendengarnya.

Aku pun pulang bersama Bobi dan apabila sampai di simpang itu, kami berjumpa sekali lagi dengan abang lelaki itu. Isterinya tetap dengan perangai yang menjelikkan. Abang itu tetap bertenang. Dia kata adik dia OK, tidak teruk. Kami berbincang pula mengenai bil adiknya. Bobi menasihatkanku supaya tidak memberikan wang kepadanya sehingga dia menunjukkan bil hospital tersebut. Aku bersetuju dengan cadangan itu. “Abang saya rasa saya nak tengok bil tu dulu macam mana, saya pun bukannya banyak duit kan, saya faham, saya pun pernah accident macam ni”. Abang itu pun bersetuju. Akhirnya lebih kurang jam 330 pagi semuanya selesai. Aku membawa pulang dulu keretaku kerana ianya akan dihantar ke bengkel pada malam esoknya.

Hancur leburlah harapanku untuk pulang ke kampung. Aku minta maaf Rosyi dan Kamal kerana aku tidak bisa menghadiri majlis perkahwinanmu. Aku sedih kerana Kamal adalah sahabat baikku ketika di sekolah menengah. Aku juga serba salah apabila Kamal menghubungiku meminta aku hadir juga ke majlisnya. Aku keliru. Berdayakah aku memenuhi permintaannya? Patutlah aku merasakan seperti sesuatu yang tidak kena dengan diriku sepanjang minggu ini. Jiwaku begitu gundah gelana. Serba-serbi tidak kena dibuatnya, sebenarnya ada sesuatu yang Tuhan telah tentukan dalam perjalanan hidupku. Aku redha Ya Allah akan ketentuan-Mu. Sekarang ini aku hanya memikirkan bagaimana harus ku harungi untuk ke tempat kerja dan terutamanya ke kelas kerana menurut rakan Bobi, ianya akan mengambil masa lebih kurang 10 hari untuk diperbetulkan. 10 hari??

Aku terharu dengan rakan-rakanku yang bisa menghulurkan bantuan ketika aku sedang jatuh begini. Jutaan terima kasih Bobi, terima kasih Geng-Geng EMO, Adli, Azri, Hazri, Hanafi dan juga Shukri. Terima kasih juga kuucapkan kepada yang membalas sms ku, menelefonku samada bersimpati dan juga mentertawakanku. Aku redha. Mungkin ini adalah balasan yang aku terima secara tidak langsung di atas kesilapan dan dosaku yang lalu. Begitulah kehidupan ini, di mana kita akan tahu siapa adalah teman sejati ketika kita berada di saat-saat kejatuhan. Mungkin teman untuk tertawa begitu ramai boleh dicari tetapi teman berduka kehadirannya belum pasti lagi.

Maafkan aku jika cerita ini terlalu panjang dan puitis bahasanya. Tetapi aku hanya terpanggil untuk menceritakannya begini. Memperkasakan bahasa ibunda ku sendiri. Maafkan aku.

8 comments:

  1. cool bro...untung sabut timbul, untung batu tenggelam...eceh, ape aku merepek nih.

    ReplyDelete
  2. tq singgah ke blog...happy weekn..

    ReplyDelete
  3. happy weekend??mmm..i guess so..*sob*

    ReplyDelete
  4. Kesiannn.. sabor laa yop saborr... biaselaa dugaan tuuu.. kalau tak.. tak dimana hidup.. nak pening pecah kepala pun tak guna.. benda dah nak jadi... aku punya kereta yg aku tinggal kat kg pun accident minggu lepas.. abang aku bawak.. teruk jugak kena.. tapi aku cakap kat diaorang.. takpelaa nak buat camna.. dah nak kena... repair je laa.. yg penting orang selamat.. ye dak?.. hidup nihh kalau senanngg jee manjang.. tak boleh gak... nanti kita mudah lupa diri.. next time remember.. kalau kena musibah.. kita kena pikir positif... mungkin Allah nak uji kita.. nak tambah pahala kita... sadakolohhh... ceramah malam ahad...

    ReplyDelete
  5. Burhan:

    i tau tuh..bila kita diuji mcm ni, means Tuhan masih syg & ingat kat kiter, tp kalo xde ujian tu yg something wrong!

    terasa nak pakai jilbab trus! ADO!

    ReplyDelete
  6. sabarlar bebanyak ek...
    yg penting ko tue selamat..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. shirin:

    thanx for ur concerned! Alhamdulillah aku selamat. apa2pun, my big concern now is my car! hope it will be in order ASAP. i really need it!

    ReplyDelete