Friday, January 23, 2009

Jiwaku Calar, Jiwaku Kacau, Jiwaku Rawan..

Aku tidak tahu apa yang ingin ku tulis di dalam entry ini. Aku keliru, jiwaku calar, jiwaku kacau, jiwaku rawan. Seolah-olah ada satu suara yang menyuruhku mengeluarkan apa yang terbuku di dalam hatiku, apa yang membelenggu difikiranku. Bertemankan dengan lagu-lagu yang bisa menyentuh perasaanku, aku terus menulis mengikut sahaja kata hatiku tanpa hala tujuan yang pasti. Air mata yang sudah pasti tidak dapat ku tahan, ku biarkan ia mengalir mengikut rentak lagu yang dialunkan. Seolah-olah setiap bait-bait lirik dan melodi di dalam lagu itu mengiyakan apa yang menghantui diriku. Aku tahu saat itu semakin hampir, semakin tiba. Semakin aku menghampirinya semakin itu juga aku terluka. Semakin aku cuba merapati dia semakin banyak halangan yang tiba. Sedarkah dikau, mungkin aku bisa berbicara denganmu, bergelak ketawa, bergurau senda di depanmu tanpa ada apa-apa kelainan tetapi tidakkah kau tahu hatiku terluka di sebaliknya.

Sedarkah dikau bahawa senyum tawamu, gayamu, ketulusan hatimu, keprihatinanmu berbanding insan lain telah menyentuh perasaanku dan aku juga sentiasa senang apabila setiap kali bersamamu. Tidakkah kau tahu aku juga sudah berkorban, menyanjungi, melindungi sehabis baik terhadap dirimu. Tidakkah kau tahu setiap detik dan saat aku juga merindui dirimu di angin lalu. Bukan ku pinta aku menyukaimu secara diam tetapi itulah hakikatnya. Bukan ku pinta kau membalas cintaku kerana aku seolah pasti akan apa jawapannya di akhir noktah ini. Aku tidak akan meluahkan isi hatiku kepadamu. Tidak sekali-kali. Itulah diriku. Aku tidak mahu hanya kerana itu kau membenciku. Kini maafkanlah aku bilaku menjadi bisu kepada dirimu, bukan santunku terbungkam hanya hatiku berbatas untuk mengerti kamu, maafkanlah aku.

Aku tahu dalam kesamaran ini, kau pergi jua akhirnya. Aku redha dengan ketentuanmu Ya Allah. Setiap yang Kau ciptakan di atas muka bumi ini adalah yang terbaik. Jika aku terbelenggu dalam perasaan itu, seharusnya aku lupakan saja kerana ianya takkan bersatu di bumi yang nyata. Aku relakan kau pergi jika itu adalah yang terbaik untukmu. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu dan keceriaanmu. Sesungguhnya kau akan pergi dan begelar seorang yang berjaya dalam hidupmu tapi aku hanya tertinggal di sini dan akan bergelar seorang diri yang masih mencari pegangan dan jalan yang hakiki.

Di akhir kalam ini, “Z” & “F” aku begitu memerlukan dirimu ketika ini untuk mendengar luahan hatiku. Sejarah mungkin berulang. Aku bingung “Z”, aku keliru “F”. Jika kamu tidak dapat merungkaikannya cukuplah sekadar menjadi pendengar yang setia kepada diriku.

~Part 1~

~Part 2~


3 comments:

  1. aku pun blh jadi jiwa kacau man bila aku baca ko nya entry ni..adus2..

    kurangkan dgr lagu yg boleh kacau jiwa ko man..dgt org ngaji Quran plak k..

    ReplyDelete
  2. cool bro....dunno what to say though....

    ReplyDelete
  3. mhs:

    terkacau jugak jiwa kau ek. btw, ok x penulisan aku? suka suki aku jekan nak tulis apa..x taulah btul ke x..could be yes, could be not.

    ReplyDelete